Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Darurat iklim di Selangor, rakyat diminta bersiap sedia – MB Selangor

Darurat iklim di Selangor, rakyat diminta bersiap sedia - MB Selangor

Darurat iklim di Selangor, rakyat diminta bersiap sedia – MB Selangor. Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.

Darurat iklim di Selangor, rakyat diminta bersiap sedia - MB Selangor

Dato Seri Amirudin Shari baru-baru ini mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Dalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Darurat iklim di Selangor, rakyat diminta bersiap sedia - MB Selangor

Baca: Pemimpin PH ramai yang tidak beriman dan tidak bermoral – Presiden PAS

Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah

Ringgit jatuh ada orang lain ambil kesempatan – Tun Mahathir

Share This Story

Berita Berkaitan