Gangguan Seks : Polis tahan bapa Puteri Balqis. Bapa kepada pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya direman sehingga 12 Sept selepas ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata tangkapan terhadap suspek dibuat pada 2.45 petang dengan polis turut merampas sebuah telefon bimbit miliknya.
“Saringan air kencing ke atas OKT (orang kena tuduh) adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“OKT direman sehingga 12 Sept untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kandungan telefon bimbit suspek akan dianalisis Jabatan Forensik polis.
Semalam, menurut Sinar Harian, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan yang mendakwa pernah diajak bapanya menonton filem lucah bersama, selain mendakwa pernah beberapa kali diraba lelaki itu.
Wan Azlan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah, kata laporan itu.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Terhidu gas beracun, pasangan kekasih maut dalam kereta
Selepas orang dewasa, KKM saran kanak-kanak pula untuk dos penggalak
Remaja rompak rumah bapa saudara sendiri, guna duit rompak buat hantaran kahwin dan sewa pelacur