Haruan makan anak, isteri subahat ‘tolong’ suami ratah anak sendiri. Kegiatan sumbang mahram nampaknya semakin ‘membarah’ dalam masyarakat kita zaman kini.
Seorang bapa yang diamanahkan menjaga anak perempuan mereka dengan penuh kasih sayang malah gagal menahan nafsu songsang masing-masing. Termakan dengan hasutan syaitan, hubungan ‘sedaging’ diketepikan terlebih dahulu asalkan kepuasan sendiri dapat dipenuhi.
Realiti gelap sama telah didedahkan melalui rancangan bual bicara berjudul ‘Analisis’ di TV Alhijrah semalam.
Puan Suzana Ghazali yang merupakan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie sempat mendedahkan kisah sebuah keluarga bergelumang dengan sumbang mahram.
Difahamkan, seorang ibu ini tergamak merelakan anaknya ‘diratah’ oleh bapa tiri sendiri dengan cara membantu pegang di bahagian tangan.
Tidak melakukan laporan polis kerana enggan ditalakkan oleh suami baru, semua kemahuan lelaki durjana terbabit ‘dihalalkan’ walaupun maruah anak kandung hasil perkahwinan pertamanya dirosakkan sebegitu rupa.
Justeru dalam perbincangan ini, antara persoalan utama yang dibangkitkan adalah bagaimana ibu bapa sendiri pun gagal menjadi pelindung terbaik untuk anak-anak.
@dinnieasyraf Manusia, terkadang lebih keji daripada segala makhlok yang tercipta
Melalui ruangan komen, netizen sendiri terkejut dan seolah-olah sesak dada mendengar perkongsian kisah realiti berkenaan. Dalam masa sama, mereka juga mengaitkan isu itu sepertinya ada persamaan dengan dilema yang dihadapi oleh Puteri Balqis.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Wanita ini buat upacara sambut harijadi dengan cara memuja syaitan
Sami gila s3ks viral di Tiktok cuba lakukan gangguan seksual
Selebriti ini pula terlibat dengan amang seks remaja bawah umur