Hati-hati nanti bila beli iphone 14, silap hari bulan anda jadi mangsa.Kita sedia maklum Apple telah mengumumkan bakal mengadakan acara khas untuk pengenalan siri iPhone 14 baharu pada 7 September ini. Walaupun belum dilancarkan lagi, kini sudah mulai dikesan klon iPhone 14 Pro telah dijual di China sejak beberapa minggu lalu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh saluran Amazing Unboxing, beliau menunjukkan iPhone 14 Pro tiruan yang tampil dengan rekaan yang diramalkan seperti susunan kamera belakang dengan modul lebih besar serta paparan berlubang yang menggantikan takuk pada iPhone 13 Pro.
Dalam erti kata lain, elemen reka bentuk peranti itu ditiru sebagai usaha bagi menawarkan pembelian peranti yang tampak seperti iPhone terbaharu, dengan kos yang lebih rendah kepada pembeli. Malah, kotak yang disediakan juga adalah hampir serupa dengan kotak pembelian asal yang disediakan oleh Apple.
Peningkatan produk tiruan Apple yang datang dari China dan berkaitan dengan barisan iPhone 14 mungkin menunjukkan betapa yakin sesetengah pengeluar mengenai reka bentuk iPhone baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Pegawai syarak Melaka dah boleh senyum lebar