Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Helikopter ditemui namun juruterbang maut

Helikopter ditemui namun juruterbang maut

Helikopter ditemui namun juruterbang maut. Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan menara kawalan semalam disahkan terbunuh, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Mangsa yang terputus hubungan dengan menara kawalan semalam, ditemui sekitar Bidor pada jam 8.20 pagi tadi.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar juruterbang ke Hospital Ipoh, memetik laporan Bernama.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan semua yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam catatan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang juruterbang bersama helikopter yang hilang diteruskan dengan membabitkan dua sektor iaitu di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, SAR dijalankan di kawasan dalam 5 kilometer (km) radius dari lokasi terakhir helikopter mangsa dikesan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Helikopter yang dikendalikan seorang juruterbang dipercayai bukan warga tempatan itu berlepas dari Subang pada jam 11.37 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh pada jam 12.37 tengah hari. – Astro Awani

Baca: Kita akan merindui Pak Lah…

Nasib baik tak meletup, pemancing jumpa bom besar zaman jepun di Selangor

Haruan makan anak, isteri subahat ‘tolong’ suami ratah anak sendiri

Share This Story

Berita Berkaitan