Ibu ini biarkan anak OKUnya tinggal berseorangan di rumah selama dua hari sehinggalah berlakunya insiden ini…
Polis menahan ibu kepada remaja lelaki autisme berusia 13 tahun yang jatuh dari tingkat satu atas kesalahan mengabaikan anak, dalam kejadian di sebuah pangsapuri Taman Melawati.
Susulan kejadian, mangsa menerima lima jahitan serta mengalami retak pada tangan dan muka.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek pada mulanya menerima panggilan daripada bekas suaminya pada 8.32 pagi memaklumkan anak mereka terjun dari tingkat 1 kediaman itu.
“Mangsa telah terjun dari kediaman dan jatuh di atas kereta. Dia yang telah mengalami kecederaan iaitu lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan, serta kesan retak pada tangan dan muka kini sedang dirawat di wad 5D di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, dipercayai ketika kejadian, suspek meninggalkan mangsa seorang diri selama dua hari.
“Suspek telah tinggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak dua hari lalu kerana membawa anak perempuan pengadu yang berumur lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di hotel di Damansara,” katanya.
Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang, esok, bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.
“Hukuman bagi Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihati kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada bahaya.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Malang! Isteri maut terperosok bawah kereta yang dipandu suami
Baru tiga bulan masuk sekolah, cikgu dah berani buat benda ni