Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ingat parking abah kau ! Pemandu berjaya halau wanita yang ‘cop’ parking

Ingat parking abah kau ! Pemandu berjaya halau wanita yang ‘cop’ parking. Walaupun sudah banyak kali isu ‘cop parkir’ dibangkitkan oleh warganet, namun masih ramai individu tidak bertanggungjawab berdegil tunggu di hadapan parkir kosong sementara keretanya datang ke petak tersebut.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, ada seorang pemandu wanita ‘mengomel’ semasa mahu meletakkan kenderaan di hadapan deretan kaki lima kawasan kedai.

Namun ada seorang wanita sedang berdiri di hadapan ruang parkir kosong itu sambil menunding jari ke arahnya sebagai ‘tanda’ ada kereta lain akan masuk situ.

“Tak ada cop. Tak ada-tak ada. Ketepi-ketepi. Sesuka hati kau je nak cop parkir. Eh,” mengomel wanita itu.

Wanita yang berdiri di hadapan parkir kosong itu segera beralih dari tempat itu apabila pemandu wanita tersebut terus menghampirinya lalu meletakkan keretanya di situ.

Ditambah pula dengan efek bunyi latar genre ‘lawak’ ke dalam video itu, ia menjadikan situasi tersebut menjadi lebih menggelikan hati.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video itu telah mendapat lebih 1,400 tanda suka dan hampir 250 komen daripada netizen.

Untuk makluman, pelaku bersalah boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya di bawah Seksyen 119.

Bagi sesiapa menghadapi situasi seperti ini dan mempunyai bukti rakaman gambar atau video, boleh membuat laporan terus di balai polis berdekatan. -Agensi

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Terhidu gas beracun, pasangan kekasih maut dalam kereta

Isteri kantoi dengan laki lain di hotel, rupa-rupanya ada cerita lain yang berlaku

Ngeri ! Kecuaian punca lelaki maut selepas kepala tersepit di antara dua kontena

Share This Story

Berita Berkaitan