Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ini berita baik kepada pelajar dari keluarga M40

Ini berita baik kepada pelajar dari keluarga M40

Ini berita baik kepada pelajar dari keluarga M40…Kerajaan memutuskan kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mahasiswa daripada keluarga berpendapatan sederhana (M40) dinaikkan daripada 75% kepada 100%.

Kerajaan juga bersetuju menyediakan komputer riba untuk dipinjamkan kepada peminjam PTPTN M40.

Itu antara tiga pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Mahasiswa percayalah, banyak lagi yang akan diumumkan demi kepentingan pelajar sekalian,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Program Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional.

Ismail berkata, jualan murah juga akan diadakan di setiap IPT mulai bulan depan memandangkan kos sara hidup masih tinggi.

Dalam perkembangan lain, beliau menyeru pelajar berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau berkata, pengarah filem tersohor negara, U-Wei Saari memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa di Moscow baru-baru ini, dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan nama pemenang dalam bahasa Melayu.

Ismail turut menyuarakan kebanggaannya terhadap anak jati Muar, Sam Lim yang menyampaikan ucapan sulungnya dalam sidang Dewan Perwakilan Australia pada 7 Sept lalu menggunakan bahasa Melayu.

“Ini adalah satu cara untuk menyatakan kecintaan kita kepada negara.

“Saya juga menggunakan bahasa Melayu ketika berucap di pentas antarabangsa,” katanya.- FMT

Baca: Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah

Rebut ‘Kopi branded’ percuma hanya di Kelantan

Masih dibuka ! Cara mohon Tablet PERCUMA PerantiSiswa

Share This Story

Berita Berkaitan