Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

JAIS luluskan tauliah mengajar DJ Radio Faizal Ismail

Faizal Ismail melahirkan rasa syukur apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meluluskan tauliah mengajarnya pada hari ini.

Beliau akui bukan mudah untuk mendapatkan tauliah itu kerana perlu menduduki ujian teori dan juga temuduga lisan.

Beliau dalam hantaran Instagramnnya hari ini menulis,

Syukur tak terhingga.. setelah melalui dua proses penilaian secara teori dan lisan, permohonan Tauliah JAIS telah lulus. Namun perlu saya akui ia bukanlah satu proses yang mudah kerana kedua2 penilaian mempunyai cabaran yang tinggi tanpa sebarang prejudis.

Apapun semuanya atas kehendak dan izin ALLAH SWT jua. Saya bukanlah mengajar ilmu2 khusus dalam agama kerana saya juga masih perlu banyak belajar, namun kategori MOTIVASI seperti yang tertera di dalam surat ini akan memudahkan pergerakan saya untuk memenuhi hajat pihak yang mahu menjemput untuk sama2 berkongsi manfaat.

Terima kasih tak terhingga kepada @jabatanagamaislamselangor atas penganugerahan tauliah ini. JAIS turut menggalakan supaya lebih ramai mereka yang mahu aktif dalam dunia dakwah agar memohon pentauliahan supaya tidak timbul perkara yang berbangkit di kemudian hari. InshaAllah moga ini menjadi bukti sesiapa jua boleh memohon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Share This Story

Berita Berkaitan