Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

’Jangan haramkan arak..’ – Penyokong Pas

’Jangan haramkan arak..’ – Penyokong Pas. Perwakilan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) berkata, negeri ditadbir PAS tidak perlu mengharamkan penjualan arak kerana tindakan itu akan memberi gambaran tidak baik mengenai PAS terhadap orang bukan Islam.

Penolong Setiausaha DHPP, R Hareetaran berkata, negeri berkenaan perlu merujuk kepada Kelantan dalam mengawal penjualan arak.

“Arak tidak diperlu diharam tetapi, kita perlu cari kaedah mengawal jualan arak sebagaimana yang telah dilaksana (bekas menteri besar) Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

“Apabila diharamkan sepenuhnya, ini akan memberikan gambaran yang negatif terhadap PAS kepada bukan Islam. Ia akan jadi peluru pihak lawan untuk menyerang kita,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden sempena Muktamar PAS ke-68.

Bagaimanapun, beliau berkata, sayap itu menyokong penuh tindakan negeri Kedah mengharamkan premis perjudian.

DHPP adalah sayap dianggotai ahli bukan Islam di dalam PAS.

November lalu, Kedah mengumumkan tidak akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri khususnya di kawasan majoriti orang Melayu, berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan lain, Hareetaran meminta slogan “PAS untuk semua” diperkenalkan semula di semua bahan kempen, termasuk di sosial media dan ucapan pemimpin parti.

“Saya yakin PAS akan menjadi pilihan pengundi anak muda dalam PRU akan datang, memandangkan mereka tidak mempercayai parti lain,” katanya.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Aktiviti ‘rare’ ini anda mesti cuba apabila datang ke Langkawi

Warga emas raba bahagian sulit remaja kena penjara 10 tahun, sebelum ini dia juga pernah rogol remaja yang sama

Kanak-kanak maut ditimpa hujan batu

Share This Story

Berita Berkaitan