“Jari disepit dengan buluh sampai terb3rak” Lelaki ini kongsi detik hitam adik jadi mangsa pihak madrasah. Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai pengurusan sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang didakwa mendera pelajarnya dengan kejam sehingga membangkitkan amarah netizen.
Merawat masalah gangguan di madrasah
Menerusi bebenang yang ditulis oleh seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Hafiz Ayub, menceritakan dia sekeluarga menghantar adiknya ke sebuah madrasah yang dicadangkan oleh seorang kenalannya untuk merawat masalah gangguan.
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak madrasah, kami tidak dibenarkan melawat adik dalam tempoh empat bulan pertama. Disebabkan itu, pak cik saya mula mendekatkan diri dengan pihak madrasah dengan menyalurkan sumbangan. Dengan cara ini dapat juga melawat adik saya.
Pada awalnya, keluarga mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehingga pada ulang tahun kelahiran adiknya, mereka menghantar kek serta makanan untuk 150 orang penghuni di madrasah terbabit. Alangkah terkejutnya melihat adik tersayang kurus, badan menjadi susut dan hitam rentung seperti dijemur tengah panas terik.
Sejak daripada itu, mereka mula merasa tidak ‘sedap hati’. Pada Awal Muharam lalu, Hafiz sekeluarga menghantar lagi sumbangan makanan dengan harapan agar dapat berjumpa dengan adiknya, namun warden yang bertugas tidak membenarkan dengan alasan akan mengganggu rawatan adiknya.
Minggu berikutnya pergi lagi berkeras nak berjumpa dengan adik. Mereka benarkan tapi warden mengelilingi adik kerana nak dengar apa yang adik saya bakal cakap. Mak saya tarik adik saya ke kereta tapi warden tersebut masih nak ikut berdekatan.
Mak saya berbisik cakap mereka ada pukul adik tak. Adik saya hanya mengangguk kepalanya. Selang beberapa minggu kami pergi lagi ke sana tetapi kali ini dengan hasrat nak keluarkan adik saya.
Minta pampasan RM11,970
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan tidak membenarkan adiknya keluar, malah mereka memintanya untuk membayar wang pampasan sebanyak RM11,970 untuk keluar kerana Hafiz dan keluarga sudah melanggar penjanjian meskipun perjanjian terbabit bukanlah satu dokumen yang sah kerana tidak bercop.
Tidak berputus asa, keluarga Hafiz datang kembali dan kehadiran mereka diketahui oleh pihak madrasah. Lebih mengejutkan lagi apabila pihak pengurusan berkenaan dipercayai cuba untuk membawa adik lelakinya itu lari dengan menaiki kereta, namun cubaan tersebut gagal.
Mereka telah cuba untuk membawa adik saya masuk kereta dan bawa lari tapi gagal kerana adik saya telah memanggil mak saya yang baru tiba di pekarangan madrasah tersebut. Jadi kami mengelilingi adik saya dan ustaz suruh kita masuk berbincang.
Keadaan jadi kecoh sewaktu kami ingin membawa adik saya ke balai polis menggunakan kenderaan kami. Mereka berkeras untuk bawak adik saya sampai menyebabkan pergelutan.
Keadaan menjadi semakin huru-hara ketika sedang berbincang apabila abangnya ditumbuk dan pihak madrasah menutup pintu keluar serta menghalang dengan kereta.
Mereka telah memanggil semua pelatih dan warden kira-kira 50 orang mereka ada disitu untuk kepong dan menghalang kami membawa adik saya keluar dari tempat tersebut.
Cuba bawa lari mangsa
Kemudiannya, pihak madrasah membawa adiknya ke dalam kereta untuk dibawa ke balai polis. Dalam perjalanan itu, pihak polis berjaya menahan mereka kerana membawa lari adik lelakinya.
Tiba sahaja di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, kami membuat laporan polis. Adik dan mak saya dipanggil untuk memberi keterangan. Polis membenarkan adik saya di bawa pulang bersama ahli keluarga kerana madrasah tidak mempunyai hak untuk menahan adik saya.
Selepas berasa yakin bahawa dirinya berada dalam keadaan selamat, adik Hafiz menceritakan detik hitam apabila dia dikatakn dibuli dan didera di madrasah berkenaan.
Jari kaki disepit menggunakan jerujuk besi, jari tangan disepit menggunakan penyepit besi. Jari kaki disepit menggunakan buluh oleh warden. Ada pelajar kat situ sampai terberak kerana tak tahan dikepit dengan besi jerujuk buat rumah.
Kepala dipukul dengan menggunakan besi (spanar). Kepala dipijak dan dihentak ke bucu lantai. Dikurung di dalam bilik gelap dan dipukul dengan teruk. Ditumbuk bawah rahang sehingga tidak boleh membuka mulut.
Diarah berjalan dalam kawasan madrasah pada jam 2 ke 3 pagi sehingga berpeluh. Dirotan ditapak kaki. Hidung ditumbuk hingga berdarah. Dipukul dengan menggunakan paip hose di bahagian belakang dan lain-lain anggota badan. Dipukul sehingga patah batang mop.
Menarik bahagian zakar dan telur sehingga senak. Menyuruh memegang zakar orang lain. Kad pengenalan dalam simpanan madrasah. (Ibu telah mendapatkan semula selepas 3 hari keluar dari madrasah). Diperlakukan seperti hamba dan keluarga ustaz umpama raja itu yang ditanam dalam kepala warga madrasah.
Bukan itu sahaja, mereka turut diberi makanan dan minuman yang dicurigai supaya menjadi lemah. Antaranya adalah tembakau yang direndamkan dalam air, namun apabila diminum pelajar-pelajar terbabit merasa dada mereka seperti terbakar dan pedih.
Membuang air besar di dalam plastik. Diberi makan cili padi dan garam, disumbat penuh di dalam mulut. Diarah berdiri di dalam panas terik sehingga berjam lamanya. Gangguan seksual dengan memasukkan tangan di dalam seluar. Berlari di atas batu sehingga pecah tumit kaki. Kena mandi dalam parit beramai-ramai.
Menerusi penerangan salah seorang pekerja madrasah, tempat tersebut juga merupakan pusat pemulihan akhlak atau dadah.
Sumber : hafizfiz18