Kaki tersepit celah batu punca kanak-kanak malang ini lemas di sungai. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan lemas selepas tersepit di celah batu ketika mandi di sungai di sebuah resort di Kalumpang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.40 petang daripada seorang pegawai perubatan.
“Pada jam 4.55 petang, wanita itu memaklumkan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan yang dibawa ibu bapa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang.
“Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak mereka tersepit di celah batu ketika mandi di sungai.
“Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun gagal,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Suffian berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak perempuan itu lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.
“Bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) mendapati punca kematian mangsa adalah lemas.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mahu mengunjungi pusat rekreasi perkelahan di dalam daerah ini supaya peka dengan keselamatan anak-anak dan ahli keluarga terutamanya pada musim hujan bagi mengelak kemalangan tidak diingini.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Jahanam duit rakyat, RM8.4 juta Najib ‘sedekah’ ke orang UMNO
Selepas orang dewasa, KKM saran kanak-kanak pula untuk dos penggalak