Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

“Kalau pilihanraya banjir pun kau sanggup redah, bila nak hadir ke mahkamah masa tu la sakit leher la, gout la, perut masuk angin la”

"Kalau pilihanraya banjir pun kau sanggup redah, bila nak hadir ke mahkamah masa tu la sakit leher la, gout la, perut masuk angin la"

“Kalau pilihanraya banjir pun kau sanggup redah, bila nak hadir ke mahkamah masa tu la sakit leher la, gout la, perut masuk angin la”

1. Desakan yang dibuat oleh Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi untuk mengadakan PRU semasa musim banjir adalah desakan orang yang hilang kewarasan.

2. Tindakan ini juga sekali gus memaparkan sikap sebenar UMNO BN dalam menentukan percaturan kuasa di dalam negara dengan mempertatuhkan nyawa rakyat. Yang penting mereka ingin mendapatkan semula kuasa memerintah negara untuk melepaskan tengkok kluster mahkamah di kalangan pimpinan UMNO yang bukannya seorang tetapi berjemaah dari kepala sehingga ke ekor.

3. Negara sepatutnya mengambil iktibar dari kegagalan Kerajaan BN & PN dalam mengendalikan bencana banjir hujung tahun 2021 sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan hartabenda jutaan ringgit di mana kesannya masih ada yang belum dapat dipulihkan sepenuhnya sehingga ke hari ini. Apatah lagi bila sudah ada amaran dari Jabatan Mateorologi akan kemungkinan berlaku banjir besar disebabkan faktor La Nina dan perubahan iklim yang sedang melanda dunia.

4. Dalam situasi ini, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar dengan melengkapkan data-data sumber negara yang diperlukan untuk menggerakkan kerja-kerja menyelamat dan pemindahan bagi mengurangkan kesan banjir kepada rakyat. Di samping itu kerja-kerja membersihkan saliran parit dan longkang juga sepatutnya digiatkan oleh pihak kerajaan tempatan bagi mengelakkan banjir kilat semasa hujan lebat. Semua aktiviti kerja tanah dari projek pembangunan perlu dipantau dengan lebih kerap dan tegas. Pemantauan dan pemeriksaan ke kawasan-kawasan cerun dan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar perlu dibuat. Tahap kesiapsiagaan ini yang perlu diumumkan oleh Perdana Menteri kepada rakyat dalam masa terdekat dan BUKANnya tarikh pembubaran Parlimen.

5. Rakyat Malaysia sepatutnya sudah dapat menilai sikap rakus, terdesak dan gila kuasa UMNO BN dalam usaha ingin merampas semula kuasa pemerintahan tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap nasib rakyat dan kemusnahan Negara.

6. UMNO sudah tidak lagi mendapat mandat rakyat di dalam PRU14 tetapi telah kembali semula berkuasa melalui kerajaan pintu belakang setelah diberi laluan mudah oleh kerajaan PN melalui Langkah Sheraton. BN dan PN keduanya perlu ditolak sepenuhnya oleh rakyat di dalam PRU akan datang kerana sudah tidak ada perjuangan nasib rakyat lagi di dalam keduanya.

Sumber: Facebook

Baca: Konsert di Kelantan adalah kerja gila yang menjemput kemurkaan Allah – Pemuda PAS

Pelakon berimej muslimah ini rupanya kaki kelab malam…

“Kafirkan orang lain tapi tak sedar dia sendiri dah kafir”

Share This Story

Berita Berkaitan