Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kantoi kena rakam guna lorong kecemasan ADUN ini kena saman

Kantoi kena rakam guna lorong kecemasan ADUN ini kena saman

Kantoi kena rakam guna lorong kecemasan ADUN ini kena saman. Kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon semalam dikenakan tindakan saman kerana memotong barisan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata pemandu kenderaan warna hitam Jenis Toyota Camry itu telah dipanggil pada 3.30 petang atas kesalahan tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu pada 11 malam, Rabu lepas.

Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.

“Hasil semakan mendapati kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaan kepada Yang Berhormat Ling Tian Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59).

Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan tindakan sebuah kereta milik exco kerajaan negeri yang menggunakan laluan kecemasan ketika keadaan jalan sesak dipercayai di Tongkang Pechah tular di media sosial.

Baca: Siapa sangka tempat ini dulu jadi tumpuan orang tetapi sekarang dah jadi tempat ‘jin bertendang’

Hebat ! 53 kali berkahwin lelaki ini kongsi cerita sebab dia kahwin banyak kali

Pelakon nafi ‘sewa’ pelacur berkali-kali, tapi kantoi bila ditunjuk bukti

Share This Story

Berita Berkaitan