Kecoh pasal wajah mangsa MH370 yang viral, anak mangsa tampil beri penjelasan. Kecoh sejak semalam apabila tular di Facebook AFN Diego Garcia di mana penduduk Diego Garcia dikatakan mempunyai wajah yang sangat mirip dengan mangsa MH370.
Lebih mengejutkan netizen, bukan sahaja seorang mangsa MH370 mempunyai wajah yang mirip, malah turut dikongsikan beberapa wajah penduduk Diego Garcia yang didakwa hampir sama dengan mangsa MH370.
Situasi yang berlaku turut mejemput para netizen untuk hadir dengan pelbagai teori yang mengaitkan penduduk Diego Garcia dengan mangsa MH370. Tidak kurang juga yang menyeru pihak yang bertanggungjawab untuk membawa pulang mereka yang berwajah mirip ini ke Malaysia.
Melihat kepada kekecohan yang berlaku, anak kepada Andrew Nari selaku Ketua Pramugara MH370 tampil berkongsi di Instagram memaklumkan wajah yang tular di media sosial tersebut sememangnya bukan ayahnya.
Dalam pada itu, anaknya itu mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang masih prihatin dengan keadaan ayahnya meskipun sudah beberapa tahun berlalu.
Beliau juga dikatakan terhibur membaca beberapa komen segelintir netizen dan berharap orang ramai tidak berasa bersalah terhadap beliau atas perkongsian yan tular.
Menerusi penjelasan yang dibuat, diharap orang ramai tidak lagi membuat spekulasi atau teori dalam menjaga sensitiviti serta tidak mengeruhkan keadaan ahli keluarga mangsa MH370.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Malang! Isteri maut terperosok bawah kereta yang dipandu suami
Baru tiga bulan masuk sekolah, cikgu dah berani buat benda ni
Lalu di Jalan raya ‘tak siap’, penunggang basikal ini ditimpa malang