Kejam ! Wanita bunuh bayi sendiri bakal berdepan hukuman mati. Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya yang berusia enam bulan.
Tertuduh, Zainah Misdin, 34, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduWhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di No 32, Jalan Seladang 2, Kampung Klang Gate, Hulu Langat pada 7.40 malam, 23 Ogos lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin, manakala tertuduh diwakili Swinder Singh.
Nurul Ameera tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Disember hadapan untuk sebutan semula kes – HMetro
Baca: R*gol dan bunuh gadis bawah umur dikawasan perkuburan, tiga lelaki berdepan hukuman berat
Remaja sekarang dah ‘gila’, sanggup bunuh teman wanita yang minta putus hubungan !