Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kemalangan Pertama Di Lebuhraya SUKE Akibat Mengambil Gambar

Kemalangan Pertama Di Lebuhraya SUKE Akibat Mengambil Gambar

Kemalangan Pertama Di Lebuhraya SUKE Akibat Mengambil Gambar. KEMALANGAN pertama dilaporkan berlaku melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (Suke), Selangor berhampiran Tol Bukit Teratai menghala ke ibu negara pada Ahad.

Kejadian berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki tempatan berhenti di lorong kecemasan bagi melihat pemandangan dan mengambil gambar sekitar lebuh raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan telah melanggar belakang Perodua Myvi dan cedera pada kaki.

“Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan dan ini merupakan kes kemalangan pertama berlaku di Lebuh Raya Suke yang dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu.

Kemalangan Pertama Di Lebuhraya SUKE Akibat Mengambil Gambar

“Kes disiasat di bawah Kaedah LN 166/59 kerana halangan sehingga menyebabkan kemalangan. Individu cuai menyebabkan kemalangan boleh dikompaun sehingga RM300,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk turut menegaskan bahawa berhenti di lorong kecemasan adalah satu kesalahan yang boleh dikompaun sehingga RM300 dan tindakan berhenti di lorong kecemasan boleh mengundang pada pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Sumber : MAJORITI

Baca : Lagi penampakan Harimau di jalanraya Terengganu

Melaka dilanda banjir ! 22 kawasan ini terjejas

Bapa dari neraka ! Jadikan dua anak sendiri sebagai hamba seks sejak 7 tahun

Share This Story

Berita Berkaitan