Kenapa tak maafkan sahaja Najib ! Mana budaya bermaaf-maafan orang Melayu? – Naib Presiden MCA . Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker, hari ini membangkitkan persoalan mengenai budaya bermaaf-maafan yang dekat dengan orang Melayu serta Islam di negara ini dan mengaitkannya dengan Najib Razak.
Kata Ti, dia kadang-kadang tidak dapat memahami perasaan kebencian yang ada pada orang politik di negara ini.
Menurut Ti, dia melihat ada antara mereka yang tidak jemu-jamu mahu melihat bekas perdana menteri berkenaan terseksa dan sengsara di penjara.
“Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya? Manalah budaya maaf-maafan orang Melayu dan Islam?” ciapnya di Twitter pagi tadi.
Pandangan diberi naib presiden MCA itu dibuat ketika pelbagai pihak mendesak agar kerajaan menjelaskan “layanan istimewa” yang diberikan kepada Najib.
Ahli parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas semua tujuh pertuduhan membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.
Dia diarah menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang. Bagaimanapun atas faktor kesihatan anak perdana menteri kedua Malaysia itu kini ditempatkan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Kadangkala saya tak faham bahang kebencian politikus ini. Ada yang tak sudah-sudah mau lihat @NajibRazak seksa dan sengsara di penjara. Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya ? Manalah budaya maaf-maafan orang Melayu dan Islam ?
— #uniTi (@tilianker) September 22, 2022
Baca: Anak beranak Mat Sakau ! Tunggakan cukai Najib dan anak berjumlah 1.7 bilion
Rupanya ada sebab kenapa Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras
“Kerajaan jangan susahkan pengundi adakan PRU semasa musim banjir”