Lalu di Jalan raya ‘tak siap’, penunggang basikal ini ditimpa malang. Seorang penunggang basikal maut apabila melanggar gumpalan tar lalu terbabas sebelum terperosok di bawah bas sekolah, dalam kejadian di KM20, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok, dekat Kuala Selangor, hari ini.
Mangsa yang berumur 36 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 11.12 pagi.
Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa, berkata kejadian berlaku sekitar 9.43 pagi antara sebuah basikal dan sebuah bas sekolah.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang menunggang basikal secara konvoi telah melanggar gumpalan tar yang berada tepi lorong kiri jalan.
“Rempuhan itu menyebabkan basikal mangsa terbabas dan jatuh di laluan lorong kanan jalan,” lapor Kosmo.
Katanya, pada masa yang sama sebuah bas yang dipandu di lorong kanan jalan telah cuba membrek dan mengelak, namun perlanggaran berlaku juga menyebabkan mangsa terperosok ke bawah perut bas.
Beliau berkata, mangsa telah dikejarkan dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.12 pagi di Unit Kecemasan,” katanya.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Ayah tak guna, anak dah terperosok tepi katil masih sempat sambung main game
Selepas mendedahkan lokasi MH370, lelaki ini bongkar pula gambar terkini mangsa pesawat
Aktiviti ‘rare’ ini anda mesti cuba apabila datang ke Langkawi