Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lelaki ini tukar ‘selera makan’ dari tiram ke buah z4k4r manusia, apa yang dilakukan lelaki ini sangat k3j4m

Lelaki ini tukar 'selera makan' dari tiram ke buah z4k4r manusia, apa yang dilakukan lelaki ini sangat k3j4m

Lelaki ini tukar ‘selera makan’ dari tiram ke buah z4k4r manusia, apa yang dilakukan lelaki ini sangat k3j4m. Seorang lelaki etnik pribumi di Michigan, Amerika Syarikat (AS) mengaku menikam seorang lelaki separuh umur yang ditemuinya menerusi aplikasi temu janji Grindr sebelum memotong dan memakan buah zakar mangsa, lapor laman berita RT semalam.

Mark David Latunski, 52, mengaku bersalah di mahkamah pada Khamis lalu atas tuduhan membunuh dan mencacatkan mayat Kevin Bacon, 25, dua tahun selepas peguamnya mengemukakan rayuan bahawa anak guamnya tidak waras.

Perbicaraan pada bulan depan akan menentukan sama ada Latunski disabitkan dengan jenayah pembunuhan dengan atau tanpa niat.

Walaupun tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup, peguamnya lebih mengutamakan kesan perubahan rayuan oleh anak guamnya.

Latunski dan Bacon dipadankan di Grindr sebelum bertemu di rumah tertuduh untuk janji temu.

Tertuduh mendakwa mangsa memberitahu bahawa dia ingin membunuh diri. Latunski kemudian ingin membantu Bacon ‘menghilang’ dengan menggunakan sebilah pisau.

Apabila Bacon menyuruh tertuduh melakukannya, dia menikam mangsa di belakang leher dan mengelar kerongkongnya. Dia kemudian menggantung mangsa secara terbalik dan memotong buah zakarnya menggunakan pisau.

“Latunski berkata bahawa dia selalunya memakan tiram dari Rocky Mountain tetapi memutuskan untuk bertukar kepada buah zakar Bacon,” demikian keterangan Detektif Polis Negeri Michigan, Sarjan James Moore.

Mayat Bacon ditemui di ruang bawah tanah rumah Latunski di kawasan perbandaran Bennington beberapa hari selepas mereka bertemu. Polis mendakwa tertuduh turut terlibat dengan jenayah lain. – Agensi


Baca: Lelaki ini kongsi pengalaman merasa KFC di 50 negara dan katanya KFC Malaysia adalah terbaik

Sedihnya! Kisah Rider GRAB baru 2 minggu menikah maut kemalangan.

Apa yang ingin dilakukan oleh Arab Saudi ini bukan lagi gambaran ‘Islam konservatif’ yang diamalkan sebelum ini

Share This Story

Berita Berkaitan