Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lepas main futsal, main ‘buka-buka baju’ pula kat hotel Bajet

Lepas main futsal, main ‘buka-buka baju’ pula kat hotel Bajet. Seorang lelaki memberi alasan penat bermain futsal dicekup berkhalwat bersama teman wanitanya di sebuah hotel bajet di Bukit Beruang di sini, awal pagi Rabu.

Perbuatan pasangan itu masing-masing berusia 19 tahun berjaya dihidu Jabatan Agama Islam (JAIM) yang melakukan operasi di hotel tersebut pada jam 12.30 pagi.

Penguat kuasa JAIM menahan sepasang kekasih di sebuah hotel bajet di Bukit Ruang pada Rabu.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata, pasangan terbabit gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan mendapati lelaki terbabit tidak memakai baju manakala kekasihnya memakai baju tidur dan mengaku menginap bersama untuk berehat.

“Lelaki itu berikan alasan penat bermain futsal sambil menemani teman wanitanya selesaikan tugasan belajar.

“Namun pemeriksaan mendapati tiada pakaian sukan ditemui dan kedua-dua mereka kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut,” kata Che Shukri ketika dihubungi pada Khamis.

Tambah beliau, manakala serbuan di sebuah hotel bajet di Bachang, berjaya menahan satu lagi pasangan kekasih iaitu lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya, 22 tahun.

Menurutnya, pasangan itu ditahan ketika operasi yang dijalankan penguat kuasa JAIM pada jam 2.45 pagi.

“Mereka juga memberi alasan berehat di hotel kerana penat.

“Sedangkan lelaki terbabit hanya tinggal di kawasan Cheng manakala teman wanitanya menetap di Jasin,” kata beliau.

Kedua-dua pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Sebelum ni pakai tudung sebab takut Covid, kini buka tudung sebab tak nak hipokrit

Budak ada ‘mata ketiga’ nampak sesuatu disebalik semak…

Kesian, awalnya berkenalan dengan dengan Doktor, selepas dua minggu…..

Share This Story

Berita Berkaitan