Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Malang tak berbau ! Kanak-kanak maut terkena serpihan kaca ketika bermain

Malang tak berbau ! Kanak-kanak maut terkena serpihan kaca ketika bermain

Malang tak berbau ! Kanak-kanak maut terkena serpihan kaca ketika bermain. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting, semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain sendirian kira-kira 4 petang.

“Semasa kejadian, ibu bapa mangsa turut berada di rumah, mereka mendakwa kanak-kanak itu melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca yang berada di hadapan sofa.

“Kejadian tersebut mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca: Kantoi kena rakam guna lorong kecemasan ADUN ini kena saman

Hebat ! 53 kali berkahwin lelaki ini kongsi cerita sebab dia kahwin banyak kali

Cucu 10 tahun cekik nenek sampai pengsan

Share This Story

Berita Berkaitan