Matawang Ringgit jatuh teruk sejak 24 tahun lepas, Menteri Kewangan buat apa ?.Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengambil tanggungjawab berhubung kejatuhan nilai mata wang negara, yang mencecah paras terendah dalam tempoh 24 tahun, minggu lalu.
“Pada Rabu lalu, ringgit mencecah paras terendah berbanding Dolar AS, sejak krisis kewangan Asia pada 1998.
“Mengapa perdana menteri Ismail Sabri dan menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz berdiam diri?
“Ini adalah soalan yang ditanya oleh semua orang kepada kerajaan ‘pintu belakang’ yang tidak demokratik yang dipimpin oleh Ismail Sabri,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Ringgit Malaysia terus merosot berbanding dolar AS, melepasi paras prikologi RM4.50 buat kali pertama sejak Januari 1998, beberapa bulan selepas bermulanya krisis kewangan Asia.
“Ringgit ketika ini berada pada paras terendah buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun, dan jika ini bukan krisis ekonomi, maka apa itu?
“Ramai yang terkejut dengan kurangnya inisiatif oleh Ismail untuk membantu mereka semasa kegawatan ekonomi sekarang,” katanya.
Justeru dia menggesa kerajaan mengakui kegagalan dan bahawa negara kini berada dalam kemelesetan ekonomi.
“Selepas penurunan kadar pertukaran yang mengejutkan, negara tidak mampu untuk dibohongi lagi. Sudah tiba masanya untuk kerajaan berterus terang dan memberitahu kita jika kita kini berada dalam kemelesetan.
“Mereka juga mesti memberitahu negara bagaimana untuk keluar daripada ribut ekonomi berbanding membiarkan negara kita masih ditadbir dalam mod ‘auto pilot’,” tambah Lim
Katanya, kadar pertukaran yang tidak memberangsangkan pastinya akan menaikkan harga barangan import; sekali gus meningkatkan inflasi secara mendadak.
“Ini akan menjejaskan kumpulan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah.
“Oleh itu, usaha perlu dilakukan secara proaktif untuk meningkatkan keselamatan makanan negara agar kita tidak terlalu bergantung kepada bahan makanan yang diimport,” katanya.- Malaysiakini
Baca: Calon anak muda bebas rasuah taruhan Pejuang di PRU15
Selain Amir raja lawak, artis ini juga tak malu berniaga tepi jalan, katanya yang penting Halal