MB Kedah ‘menganjing’ JDT lagi..Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air menerusi tulisan ringkasannya di Facebook.
Beliau mengakui bahawa pemain import Kedah Darul Aman (KDA FC) boleh bercakap loghat Kedah.
“Mai tengok bola sat malam ni, Kedah lawan Selangor. Player (pemain) import kami reti oooo cakap Kedah,
“‘Hang ni awatttt’….’Hang pasai paaaaa’,” tulisnya.
Penulisan itu ditulis dengan memuat naik gambarnya yang hadir menyaksikan aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Selangor di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Terdahulu, ucapan tahniah yang dibuat Sanusi terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) diatas kejayaan skuad itu menjulang Piala FA menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil mencetuskan kontroversi.
Ucapan berkenaan dilihat seakan sindiran kepada skuad Harimau Selatan yang dibarisi rata-rata pemain naturalisasi dalam kesebelasan utamanya.
“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” tulis Sanusi di laman Facebooknya, baru-baru ini.- UTUSAN
Baca: Pelakon nafi ‘sewa’ pelacur berkali-kali, tapi kantoi bila ditunjuk bukti
Rebut ‘Kopi branded’ percuma hanya di Kelantan
Melampau ! Model separuh bogel di Kedah Fashion Week adalah model lelaki transgender ?