Melaka dilanda banjir ! 22 kawasan ini terjejas. Seramai 29 mangsa daripada sembilan keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di Alor Gajah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini, selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam kenyataan memaklumkan mereka adalah mangsa banjir dari Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai, kedua-duanya di sekitar daerah Alor Gajah.
“Kedua-dua PPS itu dibuka sejak pukul 1 petang tadi di Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Bukit Tambun. Setakat pukul 4 petang ini terdapat 22 kawasan masih terjejas banjir dari beberapa daerah di Melaka,” menurut kenyataa itu.
Antara kawasan yang masih terjejas di Daerah Melaka Tengah ialah Pengkalan Rama Pantai, Bukit Bayan, Bukit Beruang Utama, Taman Desa Duyong, Semabok Dalam, Kampung Solok Bukit Baru Duyong, Jambatan Duyong, Permatang Duyong, Duyong Tengah, Bukit Duyong, Tampoi, Kampung Ayer Molek dan Kampung Kandang.
Di daerah Jasin pula, kawasan terjejas adalah Kampung Kilang Berapi, Kampung Merlimau Pasir, Pesisir Sungai Merlimau, Taman Merlimau Megah, Taman Seri Merlimau, Kampung Paya Lengkong dan Kampung Sri Tanjung.
– Bernama
Baca: Bapa dari neraka ! Jadikan dua anak sendiri sebagai hamba seks sejak 7 tahun
“N4jis bersepah !” Pekerja hotel luah kekecewaan sikap pelancong
Orang Islam boleh bela jin ? Ustaz ini bikin kontroversi lagi