Memalukan ! Rakyat sendiri buang sampah, pelancong luar yang kutip. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kesal dengan tindakan pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2022 memijak pokok hiasan yang ditanam di tepi jalan serta pembahagi jalan sehingga rosak, pagi tadi.
DBKL menzahirkan kekesalan itu melalui satu hantaran di Facebook, hari ini, dengan turut memuat naik satu rakaman video dan beberapa gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku pada pokok hiasan kesan dipijak orang ramai.
“Seronok tengok lautan manusia membanjiri jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
Keadaan pokok hiasan yang ditanam di tepii jalan serta pembahagi jalan yang rosak akibat dipijak pengunjung sambutan Hari Kebangsaan. NSTP/Ihsan Facebook DBKL
“Tetapi dalam pada itu, ada pula sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan, langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik.
@sumberkini Respek Mat Salih ni. Tak kisah kutip sampah. Kebersihan tanggungjawab bersama #Merdeka65 #Kebersihan #WargaAsing ♬ original sound – SumberKini
“Semangat tu dah bagus tetapi caranya tak betul,” katanya.
Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada di antara mereka kesal dengan tindakan orang ramai yang tidak berdisiplin dan tidak menghargai landskap yang terdapat di situ.
Bagaimanapun, rata-rata netizen menegur bahawa kejadian itu tidak dapat dielakkan kerana ramai pengunjung perlu melalui Jalan Tun Perak di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek yang ditutup daripada kenderaan dan dijadikan tempat parkir kenderaan VIP dan VVIP yang hadir ke acara sambutan kemerdekaan.
Laluan itu yang dipenuhi kenderaan yang diparkir menyebabkan ribuan pengunjung terpaksa bersesak dan berhimpit ketika melalui jalan itu kerana masing-masing mahu mengambil peluang menonton acara perbarisan yang diadakan di Dataran Merdeka.
@ieeecaaa Huhuhuhh
Ada juga yang merungut dengan keadaan tempat sambutan serta perbarisan yang sempit menyebabkan sebilangan besar pengunjung hampa kerana tidak dapat menonton acara perbarisan dan terpaksa membatalkan niat mereka kerana keadaan yang terlalu sesak.
Kehadiran jumlah pengunjung yang luar biasa pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 pada tahun ini menjadi antara faktor penyumbang kejadian itu.
@anise_hennaart Tak paham segelintir orang mmg suka merosakkan harta benda dan alam sekitar ye kalau ade event besar mcm ni?? Kesian ke pokok. Dh g lalu dalam pokok plak #merdeka #malaysia ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, memaklumkan jumlah kehadiran pengunjung melebihi jangkaan apabila lebih 100,000 memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar berbanding 50,000 sasaran asal.
Beliau berkata, pengunjung memenuhi kawasan perbarisan dan perarakan sepanjang tiga kilometer meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut, selain sekitar Jalan Tun Perak.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Rasuah RM1.25 bilion, Rosmah bakal ikut jejak langkah suami hari ini ?
Sebelum ni pakai tudung sebab takut Covid, kini buka tudung sebab tak nak hipokrit