Miliki bahan p*rn0gr4fi kanak-kanak, seorang pelajar IPT ditahan . Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun yang memiliki bahan p*rn0gr4fi kanak-kanak.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan memaklumkan, penahanan suspek dibuat sepasukan anggota dari Bahagian S3ksu4l, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Menurut Noorsiah, suspek merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi.
Hasil siasatan mendapati, suspek telah menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapat bahan seksual kesemua mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak di luar negara.
Katanya, kejayaan penahanan suspek dibuat hasil kerjasama PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini untuk pertuduhan mengikut Seksyen 5, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual. – Astro Awani
Baca: “Paru-paru boleh bocor” Pegawai Farmasi dedahkan bahaya hisap vape