Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah

Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah

Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah . Kemaskini! Tawaran Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) Tahun 2022 / 2023 | Syarat Kelayakan dan Semakan Kelulusan. Kadar Bantuan Bina Baharu dan Baik Pulih.

Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) : KADAR BANTUAN BAHARU & CARA PERMOHONAN

Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).

Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu akan membantu kontraktor PRKM bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan, yang sebelum ini menyebabkan kegagalan pelaksanaan projek atas faktor tiada margin keuntungan.

Mohon Sekarang ! Bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah

Apakah Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) ?

Terdahulu, PKRM dikenali dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Kadar Bantuan

Terdapat 2 kategori bantuan yang disediakan dalam program ini iaitu:

A. BINA BAHARU

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Kadar Bantuan Baharu (2022)

Semenanjung : RM66,000 seunit
Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit

B. BAIK PULIH

a) Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  • Penyelenggaraan;
  • Penambahbaikan; dan
  • Requisition;
  • b) Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
    c) Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

    Kadar Bantuan Baharu (2022)

    Semenanjung : RM15,000 seunit
    Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit

    Syarat Kelayakan

    Kumpulan sasar PRKM adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa.

    Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PRKM yang LAYAK adalah seperti berikut:

  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
  • Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
  • Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) 2022

    Untuk membuat permohonan, sila layari Portal Rasmi KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR di pautan https://www.rurallink.gov.my/ atau isikan borang permohonan online di pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online

    Untuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan dan dapatkan info terkini melalui saluran berikut:

    Facebook : Kementerian Pembangunan Luar Bandar
    Telefon : 03 8000 8000 | E-mail : [email protected]
    Alamat : No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.
    Laman web : https://www.rurallink.gov.my/

    Baca: Mohon sekarang ! Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

    Dibuka Hari Ini ! Bantuan Tablet PERCUMA Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022

    ‘Permohonan Bantuan RM 500 Sebulan Untuk Warga Emas’ JKM Sahkan ianya Palsu

    Share This Story

    Berita Berkaitan