Najib ‘kantoi’ lagi Mahkamah Tinggi sahkan RM90juta masuk dalam akaun. Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak diberitahu hari ini, kira-kira RM90 juta telah dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic Bank milik bekas perdana menteri itu pada lewat 2012.
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, berkata kira-kira RM15 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan angka 9694 pada 31 Okt 2012.
Membaca daripada kenyataan saksinya, saksi pendakwaan ke-37 itu berkata RM75 juta lagi telah dimasukkan ke dalam akaun sama pada 11 Nov 2012.
Dia tidak menyatakan sumber dana itu.
Bagaimanapun, dalam kenyataan pembukaan pihak pendakwaan, yang dibuat pada permulaan perbicaraan, mendakwa bahawa jumlah RM90,899,927.28 yang diterima dalam akaun itu berasal daripada Blackstone Asia Real Estate Partners, sebuah firma yang dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Low Jho melalui rakan sekutunya, Tan Kim Loong juga dikenali sebagai Eric Tan.
Uma juga memberi keterangan bahawa Najib membuat beberapa pembayaran daripada akaun itu kepada pelbagai parti politik dalam Barisan Nasional (BN) termasuk Umno serta syarikat dan individu tertentu.
Jumlah itu yang dibayar pada 2011 dan 2012, bernilai antara RM20,000 hingga RM2 juta, dengan beberapa penerima menerima wang itu lebih daripada sekali.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Ahli Parlimen Pekan yang menjalani hukuman penjara 12 tahun yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam rayuan rasuah SRC International bulan lepas, hadir di mahkamah hari ini.
Pendengaran di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bersambung.
Baca: 11 pertuduhan gangguan seksual Ebit Liew bakal dipenjara 5 tahun ?
“Merpati suka berak atas kepala orang” Ini gelaran yang sesuai untuk Najib?
Rupanya ada sebab kenapa Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras