Nasib baik tak meletup, pemancing jumpa bom besar zaman jepun di Selangor.
Bom yang ditemukan sekumpulan pemancing tertanam dalam tanah di kawasan tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini pada Rabu, didapati tidak lagi aktif.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata bom lama dengan ukur lilit 42 inci dan panjang 42 inci itu dipercayai dijatuhkan dari kapal terbang semasa penjajahan Jepun puluhan tahun lalu.
Katanya, objek itu ditemukan sekumpulan pemancing, kira-kira jam 2 petang Rabu lalu sebelum laporan mengenainya dibuat oleh seorang peniaga berusia 42 tahun pada jam 4.43 petang semalam.
“Lelaki itu memaklumkan dia dan rakannya sedang memancing di air terjun kawasan rekreasi terbabit dan menemukan bom lama dianggarkan seberat 50 kilogram dengan sebahagiannya tertanam dalam tanah.
“Jarak dari jalan besar ke lokasi bom itu dijumpai dianggarkan kira-kira dua kilometer,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, unit bom dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah bom terbabit pada jam 2.50 petang hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak gusar dan sebarang maklumat atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Kekayaan Queen Elizabeth 2 ini buat anda melopong..
Wanita ini buat upacara sambut harijadi dengan cara memuja syaitan