Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ngeri, lelaki maut terkelar leher sendiri

Ngeri, lelaki maut terkelar leher sendiri. Polis mengesahkan, mayat lelaki yang ditemui dengan kesan kelar di leher di ladang sawit Felda Kerteh 6 di sini, Isnin lalu bukan mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, sehubungan itu, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan pakar forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu mengesahkan, mangsa meninggal dunia disebabkan kesan hirisan pada leher.

“Kami turut menemukan motosikal mangsa iaitu Modenas Kriss yang terbalik. Kami turut menemui galah dan sabit pemotong kelapa sawit di atas motosikal berkenaan.

“Siasatan menemui kesan darah pada mata sabit itu. Kami turut menemukan kesan tompokan darah di lokasi motosikal mangsa ditemui.

“Jarak di antara motosikal mangsa hingga ke tempat mayatnya ditemui kira-kira 650 meter,” katanya.

Baharuddin berkata, bagaimanapun, pihaknya akan menghantar sampel darah untuk dianalisa bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Pemeriksaan pada motosikal mangsa mendapati, terdapat kesan tergelincir di atas tanah. Motosikal mangsa juga dipercayai dalam keadaan mendaki bukit selain kedudukan mata sabit yang menghala ke depan.

“Kami percaya, mangsa menunggang motosikal dengan membawa galah sabit sepanjang 5.4 meter bersama mata sabit sepanjang kira-kira 0.6 meter. Ketika mendaki jalan berbatu itu, motosikal mangsa dipercayai terbalik menyebabkan lehernya terkena dengan mata sabit terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera berkemungkinan berjalan untuk mendapatkan bantuan sebelum rebah dan meninggal dunia.

Katanya, jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ketengah Jaya, kelmarin.

Pada kejadian 29 Ogos, Mohamad Nazri Razali, 42, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh pengurus ladang berusia 60 tahun kira-kira 6.30 petang.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Lepas main futsal, main ‘buka-buka baju’ pula kat hotel Bajet

Penipu ! Mohon zakat, tapi tinggal rumah kondo

Selepas 10 tahun wanita ‘transgender’ ini menyesal tukar jantina..

Share This Story

Berita Berkaitan