Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Orang bukan Islam tak sokong PAS ? Jawapan Lim Kit Siang ini bikin orang PAS makin sakit hati dan DAP

LIM

Orang bukan Islam tak sokong PAS ? Jawapan Lim Kit Siang ini buat orang PAS makin sakit hati dan DAP. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang punca orang bukan Islam tidak menyokong parti Islam itu, kata veteran DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, sukar untuk PAS menarik sokongan pengundi bukan Islam dengan Hadi membuat kenyataan didakwa “melampau” dan “tidak rasional”, memetik komennya baru-baru ini yang menyalahkan golongan bukan Bumiputera sebagai punca rasuah.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut membidas sayap penyokong bukan Islam PAS tidak berani menegur Hadi berhubung pandangan dan komennya.

“Jika Hadi mahu PAS menembusi kawasan bukan Islam, maka beliau mesti tinggalkan pandangannya yang melampau dan taksub,” katanya.

Dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-68 semalam, Hadi dilaporkan berkata, parti itu akan berusaha menarik pengundi bukan Islam yang mungkin berada di atas pagar pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau DAP boleh lantik calon India di kawasan Cina, kenapa kita tak boleh tarik orang Cina sokong kita bila PRU, ini kelemahan perlu kita atasi,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy memberitahu Hadi bahawa DAP lebih inklusif dari segi agama dan etnik berbanding PAS, sekali gus menarik minat bukan Islam.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu juga menyifatkan kewujudan sayap penyokong bukan Islam PAS tidak bermakna kerana ahlinya tidak mempunyai sebarang hak membuat keputusan atau mengundi dalam parti. – FMT

Baca: Tiada jemputan ke Muktamar, PAS parti berlagak suci dan putar belit

Walaupun UMNO tak sudi tapi Pas masih ‘gila bayang’ untuk bekerjasama dengan UMNO

Sumpah baiah atas nama Allah lebih baik dari RUU Lompat Parti – Hadi Awang

Share This Story

Berita Berkaitan