Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

PAS bertegas tetap nak main ‘kolam’ dengan UMNO

PAS bertegas tetap nak main 'kolam' dengan UMNO

PAS bertegas tetap nak main ‘kolam’ dengan UMNO . Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun sekali gus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu juga yakin agenda penyatuan ummah dan perpaduan nasional antara orang Melayu Islam, bumiputera dan rakyat pelbagai kaum di negara ini hanya dicapai sekiranya kestabilan politik dapat diwujudkan selepas PRU15.

Justeru, katanya, Pas terus berusaha dengan pelbagai pendekatan antaranya menyeru seboleh mungkin parti-parti yang mewujudkan kerajaan persekutuan sekarang dapat terus berkerjasama menghadapi PRU15 seterusnya membentuk sebuah kerajaan baharu yang lebih mantap dan berautoriti.

“Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun sekali gus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15.

“Pas sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘Khemah Besar’,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Takiyuddin, Pas yakin gabungan atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional sahaja mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi.

“Konsep ini ke arah mewujudkan sebuah kerajaan prihatin rakyat dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang

“Pas amat optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU15 nanti.

“Ini bukan sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua rakyat merentasi kaum, agama, bangsa dan budaya, tetapi juga mengelakkan berulangnya sejarah hitam yang berlaku semasa PRU14,” katanya. – UTUSAN

Baca: Ekonomi negara semakin tenat UMNO PN pula sibuk berlawan siapa lebih jantan

“Kalau pilihanraya banjir pun kau sanggup redah, bila nak hadir ke mahkamah masa tu la sakit leher la, gout la, perut masuk angin la”

PN goyang jika Adly ke Alor Gajah

Share This Story

Berita Berkaitan