Patutlah baru 2 minggu kena penjara, Najib dah masuk hospital, rupanya… Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan bapanya mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Nooryana Najwa menerusi hantaran InstaStory hari ini memaklumkan, bapanya sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.
“Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut, yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.
“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lalu sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan,” katanya.
Beliau berkata, Najib seorang yang susah untuk mengadu mengenai kesakitan dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kekuatan Daddy. Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital.
“Tolong jagakan Daddy kami dan Bossku. Dia amat bermakna buat kami. Semoga Allah merahmati kami semua,” katanya.
Media semalam melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan stabil dan melalui semua pemeriksaan kesihatan serta rawatan yang diperlukan.
Mahkamah Persekutuan, baru-baru ini, mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib, atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pagi ini, Najib hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, untuk perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Cerita dah sedap, tapi hos ‘bodoh’ yang merokok buat netizen terganggu
Hati-hati membuang air di R&R, lelaki ini jadi mangsa…
Puteri Balqis dedah sisi hitam kehidupan bersama ayah kandungnya yang bernafsu binatang