Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Pegawai syarak Melaka dah boleh senyum lebar

Pegawai syarak Melaka dah boleh senyum lebar. Kerajaan Negeri mengumumkan elaun Pegawai Syarak Melaka dinaikkan RM50 hingga RM200 berkuat kuasa Oktober depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kenaikan itu membabitkan 1,100 Pegawai Syarak terdiri daripada imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita dari 185 buah kariah masjid di seluruh negeri.

Beliau memaklumkan, bagi imam 1 dan imam 2 kenaikan yang diluluskan adalah sebanyak RM50 menjadikan elaun terkini imam 1 adalah RM930 dan imam 2 sebanyak RM920 berbanding RM880 dan RM870 sebelum ini.

Selain itu, kata beliau, kadar elaun terkini bagi bilal dan noja pula ialah sebanyak RM500 setiap bulan, iaitu meningkat RM190 dan RM200 berbanding sebelum ini.

Manakala, elaun pengurus jenazah wanita 1 dan 2 meningkat RM100 menjadikan kadar terkini adalah sebanyak RM300.

“Untuk pengetahuan, di seluruh Negeri Melaka ini, terdapat keseluruhan 185 buah masjid kariah dan kadar bayaran imbuhan Pegawai Syarak Negeri Melaka ini tiada sebarang perubahan sejak tahun 2014 sehingga kini.

“Berikutan itu, Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah bersetuju untuk memberikan kenaikan kadar baharu bagi tahun 2022 ini.

“Jumlah tambahan peruntukan MAIM bagi kenaikan elaun ini adalah berjumlah RM1,531,800 setahun atau RM127,650 sebulan dan jumlah keseluruhan peruntukan MAIM bagi pembayaran imbuhan pegawai syarak tersebut adalah sebanyak RM3,885,000 setahun atau RM323,750 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bual Bicara Ketua Menteri yang disiarkan secara langsung di Melaka FM, hari ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Memalukan ! Rakyat sendiri buang sampah, pelancong luar yang kutip

Rasuah RM1.25 bilion, Rosmah bakal ikut jejak langkah suami hari ini ?

Berita baik buat golongan OKU sepanjang bulan ini!

Share This Story

Berita Berkaitan