Pelajar sekolah di Kelantan dirogol dan diliwat. Polis menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan pada 2 dan 3 September lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud memaklumkan dua daripada kejadian rogol tersebut berlaku di kawasan sekolah yang sama melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza.
“Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati kejadian yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.
“Tiga suspek yang terlibat telah ditangkap dengan dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah dan seorang kelindan lori berumur antara 17 tahun dan 19 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
Mohd Rosdi berkata hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Cerita dah sedap, tapi hos ‘bodoh’ yang merokok buat netizen terganggu
Hati-hati membuang air di R&R, lelaki ini jadi mangsa…
Puteri Balqis dedah sisi hitam kehidupan bersama ayah kandungnya yang bernafsu binatang