Pelakon nafi ‘sewa’ pelacur berkali-kali, tapi kantoi bila ditunjuk bukti. Seorang pelakon lelaki terkenal dari China iaitu Yi Feng telah ditahan pihak berkuasa di Beijing selepas didakwa melanggan pelacur secara berulang kali.
Ditahan langgan pelacur
Memetik laporan CNA Lifestyle, pelakon yang berusia 35 tahun itu telah didakwa mengunjungi rumah pelacuran pada 19 Ogos lalu namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak agensi. Malah mereka mendakwa ianya hanyalah satu gosip untuk menjatuhkan Yi Feng. Walau bagaimanapun, pihak polis membantah keputusan tersebut dan memberikan kesemua bukti yang menunjukkan Yi Feng menggunakan khidmat pelacur buat beberapa kali.
Difahamkan, melanggan pelacur merupakan satu kesalahan di negara China dan pelaku boleh dijatuhi hukuman penjara.
Menurut sumber, Yi Feng dipercayai telah ditahan pada 11 September lalu. Semasa soal siasat, Yi Feng mengakui kesalahannya. Susulan daripada isu tersebut, nama Yi Feng telah digugurkan sebagai duta jenama terkenal antarabangsa seperti Prada, Remy Martin dan beberapa jenama lain.
Terdahulu, seorang lagi bintang terkenal di China iaitu Kris Wu telah ditahan sekitar Jun lalu selepas didakwa merogol seorang pempengaruh kecantikan iaitu Du Meizhu yang berusia 18 tahun.
Sumber: CNA Lifestyle
Baca: Remaja rompak rumah bapa saudara sendiri, guna duit rompak buat hantaran kahwin dan sewa pelacur
Kantoi ada hubungan sulit, suami sengaja ejek isteri gemuk dan gelar pelacur
Hampir-hampir nampak bu*h dada, netizen tegur artis muda ini semakin berani berpakaian seksi