Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Pengaruh Tun Mahathir masih kuat untuk tarik pengundi Melayu ‘atas pagar’ di PRU15

Pengaruh Tun Mahathir masih kuat untuk tarik pengundi Melayu 'atas pagar' di PRU15

Pengaruh Tun Mahathir masih kuat untuk tarik pengundi Melayu ‘atas pagar’ di PRU15. Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menyaksikan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menarik lebih 25 peratus pengundi Melayu ‘atas pagar’ supaya menyokong gabungan baharu, Gerakan Tanah Air (GTA).

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, keyakinan itu menyorot pilihan raya umum lalu menyaksikan bekas Perdana Menteri itu juga berjaya menarik sokongan pengundi Melayu atas pagar hampir 15 peratus.

“Walaupun ramai orang Melayu marah dan kecewa kerana Dr. Mahathir bergabung dengan DAP dan PKR, namun, pengaruh beliau tetap kuat untuk menarik sokongan mereka.

“Daripada gerak kerja kami di lapangan di beberapa negeri telah memperlihat sambutan rakyat pada program-program GTA amat baik.

“Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penubuhan GTA mendapat reaksi positif dan sambutan berkembang secara pesat dan amat cepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, hanya GTA yang mampu memimpin negara ini dengan bersih, cekap dan amanah kerana Dr. Mahathir kekal berpinsip sejak dahulu, kini dan selamanya.

“Kepentingan kesejahteraan bangsa, negara dan agama adalah agenda utama dalam hidup Dr. Mahathir.

“Perjuangan beliau amat konsisten dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara,” katanya. –UTUSAN

Share This Story

Berita Berkaitan