Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Penipu ! Mohon zakat, tapi tinggal rumah kondo

Penipu ! Mohon zakat, tapi tinggal rumah kondo. Dalam pengagihan zakat, banyak kriteria yang perlu dilihat untuk memastikan seseorang itu asnaf. Penelitian dan siasatan harus di ambil bagi memastikan pengagihan adalah kepada individu yang benar-benar layak yang termasuk dalam golongan asnaf.

Terbaharu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berkongsi di Facebook milik mereka yang pihaknya menerima aduan bahawa sebuah keluarga memerlukan bantuan zakat.

Menerusi perkongsian terbabit, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skuad Jejak Asnaf telah menjalankan siasatan dan terkejut apabila keluarga yang dikatakan bergelut dengan masalah kewangan mampu duduk di kondominium mewah.

Oleh itu, MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup dan bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Memalukan ! Rakyat sendiri buang sampah, pelancong luar yang kutip

Kesian, awalnya berkenalan dengan dengan Doktor, selepas dua minggu…..

Pelajar beri ‘hint’ dalam karangan peperiksaan sebelum maut dalam kemalangan

Share This Story

Berita Berkaitan