Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Penjarakan Najib tak beri kesan pada UMNO, kekal sebagai 100% parti Rasuah – Tun Mahathir

RASUAH

Penjarakan Najib tak beri kesan pada UMNO, kekal sebagai 100% parti Rasuah – Tun Mahathir. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pemenjaraan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membersihkan UMNO.

Beliau yang pernah memimpin UMNO selama 22 tahun sebagai Presiden turut menyifatkan budaya parti berkenaan kini bukan seperti sewaktu ia ditubuhkan.

Dakwa Ahli Parlimen Langkawi itu, sewaktu Najib menjadi Perdana Menteri, semua perlakuan yang dilakukan olehnya diterima, disokong dan dipertahan oleh UMNO.

“Pendirian dan sikap UMNO menunjuk seluruh parti itu tidak lagi berpegang kepada prinsip perjuangan untuk bangsa, negara dan agama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Jelas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), disebabkan itu UMNO perlu dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Saya, bekas Presiden UMNO dan ahli UMNO waktu ia ditubuhkan pada 1946, menyeru supaya parti yang bernama UMNO sekarang ini ditolak sepenuhnya.

“Saya sedih, tetapi yang benar saya perlu terima. Parti saya dahulu sudah hancur kerana kepercayaan bahawa ‘Cash is King’,” ujarnya

Sumber : Sinar Harian

Baca: Cukup perasuah dipilih ketika PRN Johor dan Melaka, jangan ulangi di PRU15 nanti – Tun Mahathir

Sengaja cari pasal tunjuk ‘jari tengah’ pada polis, lelaki ini terima padah

“Ramai lagi orang politik yang Rasuah belum dibicarakan” – Tun Mahathir

Share This Story

Berita Berkaitan