Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Petanda Hadi Awang sudah nyanyuk

Petanda Hadi Awang sudah nyanyuk

Petanda Hadi Awang sudah nyanyuk . Kenyataan terbaru Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa ramai di kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ‘tidak beriman dan tidak bermoral’ jelas menunjukkan dia semakin tidak konsisten dan tidak ada prinsip.

“Kenyataan ini ( Hadi) ini seolah-olah mengkafirkan pemimpin PH. Dulu dia kafirkan orang Umno sekarang dia kafirkan orang PH pula.

“Sedangkan PH ini pada asasnya adalah PR (Pakatan Rakyat) yang dia sendiri ikut dulu.

“Apa pun orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin politik di Malaysia,” kata Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dari DAP itu kepada Malaysiakini.

Bekas pensyarah undang-undang dan pakar perlembagaan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hadi yang menegaskan PAS tidak akan membentuk kerjasama dengan PH pada PRU akan datang.

Menurut ahli parlimen Marang itu, PH ketika menghadapi PRU14 pada 2018 juga memperlihatkan parti gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan ‘kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah’.

“Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga),” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS hari ini.

Mengulas lanjut, Aziz berkata sebagai pemimpin politik, seseorang itu perlu bersikap inklusif.

“Islam tidak meminta kita mengambil sikap sedemikian. Ini menimbulkan persoalan apakah jenis Islam yang dibawa oleh PAS.

“Yang pasti ialah PAS berkawan dengan mereka yang mereka kafirkan satu ketika dulu termasuk Umno dan MCA

“Dalam konteks ini PAS jelas tidak konsisten, tidak ada prinsip,” katanya sambil menambah bahawa PAS juga sudah melupakan prinsip asas parti itu.

Ini menurut Aziz, termasuk mempejuangkan negara Islam dan melaksanakan hudud seperti yang dicanangkan sejak berdekad-dekad lalu.

“Satu lagi aspek Hadi Awang jelas menentang apa yang dibawa oleh kebanyakan pimpinan PAS dahulu termasuk Nik Aziz (Nik Mat) dan Fadhil Noor.

“Berkawan dengan Umno adalah sesuatu yang tidak diterima oleh dua pemimpin besar PAS itu,” katanya.

Untuk rekod, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP pada PRU12 dan PRU13 di bawah gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Pada 2019, PAS bekerjasama dengan musuh tradisinya, Umno di bawah semangat ‘perpaduan ummah’ atas nama Muafakat Nasional. Dan pada 2020, PAS menjadi sebahagian kerajaan pusat bersama Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin Yassinyang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Hadi pada April 1981 menerusi apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi telah mengkafirkan Umno sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah. Antara kemuncak tindakan itu menyaksikan berlaku sembahyang dua imam dalam masjid sama, pemulauan majlis keraian atau kenduri, perceraian pasangan suami isteri dan penolakan sembelihan.- Malaysiakini

Baca: Pemimpin PH ramai yang tidak beriman dan tidak bermoral – Presiden PAS

Pelakon nafi ‘sewa’ pelacur berkali-kali, tapi kantoi bila ditunjuk bukti

[Video] Ajaran sesat Hadi ? Boleh pula sentuh dan peluk perempuan

Share This Story

Berita Berkaitan