Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Puad Zarkashi semakin gentar dengan GTA – Khairuddin

Puad Zarkashi semakin gentar dengan GTA - Khairuddin

Puad Zarkashi semakin gentar dengan GTA – Khairuddin. APABILA Ahli Majlis Tertinggi (UMNO), Datuk Dr. Puad Zarkashi buka mulut dan memberi tindak balas mengenai penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA), jelas membawa erti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO semakin gementar dengan wadah perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sebelum ini, Puad mengibaratkan GTA setaraf dengan janji 100 hari yang penuh penipuan dan gagal dengan menyebut ia sebagai ‘Janji 100 Hari 2.0’.

Strategi politik Dr. Mahathir senantiasa digeruni oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka selalunya takut pada bayang-bayang sendiri.

Apabila majoriti daripada pemimpinpemimpin UMNO melatah, ia memberi satu petanda baik kepada GTA pada realitinya.

Pada kelazimannya, pemimpin-pemimpin UMNO akan diam seribu bahasa sekiranya sesuatu isu tidak memberi kesan kepada mereka.

Jadi, apabila Puad mula buka mulut dalam isu ini, ia membawa erti UMNO amat terkesan dengan GTA. Puad boleh cakap apa sahaja kerana itu adalah hak beliau tetapi dalam masa sama, siapa Puad jika hendak dibandingkan dengan pengalaman luas yang ada pada Dr. Mahathir?

Sekali kalah tidak bererti kita akan kalah selama-lamanya dan sekali gagal pun tidak bererti kita akan gagal buat selama-lamanya juga. Sebenarnya, kami sudah bangkit dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran masa kini.

GTA mendapat sambutan serta reaksi positif daripada majoriti orang Melayu dan kami amat yakin dapat menarik lebih daripada 25 peratus pengundi atas pagar untuk menyokong GTA pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Dalam apa jua keadaan, majoriti orang Melayu serta kaum lain masih yakin dengan mutu kepimpinan bertaraf dunia Dr. Mahathir.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
Wilayah Persekutuan

Baca: Bekas Ketua Polis Negara jadi calon GTA bertanding di Parlimen Rembau ?

Gerakan Tanahair (GTA) sudah selangkah untuk bertanding di PRU15

GTA pasti menang PRU15 -Tun Mahathir

Share This Story

Berita Berkaitan