Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sebab bosan lelaki nekad tamatkan riwayat ayah sendiri

Sebab bosan lelaki nekad tamatkan riwayat ayah sendiri. Seorang lelaki di wilayah Jawa Timur, Indonesia tergamak membunuh bapa sendiri yang lumpuh kerana bosan menjaga orang tua itu dan mahu keluar merantau, lapor laman berita Detik semalam.

Sebab bosan lelaki nekad tamatkan riwayat ayah sendiri

Suspek, Fahri Wahyu Erfanto ialah seorang penganggur dan tinggal bersama ayahnya iaitu Wachid selepas mangsa diserang angin ahmar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semalam di Desa Dadapan, Kabupaten Ngawi.

Menurut kenyataan Ketua Polis Ngawi, Komisioner Hendry Ferdinand Kennedy, suspek pernah meminta wang daripada mangsa untuk berhijrah ke bandar tetapi tidak diendahkan.

“Suspek mengaku kepada polis dia bosan menjaga ayahnya yang sakit sehingga sanggup membunuh mangsa.

“Berdasarkan keterangan beberapa saksi, suspek memang tiada pekerjaan lain selain menguruskan ayahnya setiap hari,” jelas Hendry. – Agensi

Baca: Malang tak berbau ! Kanak-kanak maut terkena serpihan kaca ketika bermain

Hebat ! 53 kali berkahwin lelaki ini kongsi cerita sebab dia kahwin banyak kali

Cucu 10 tahun cekik nenek sampai pengsan

Share This Story

Berita Berkaitan