Sedut lemak sampai ‘tersedut’ nyawa sekali. Seorang wanita di Taipei meninggal dunia selepas melakukan pembedahan sedut lemak. Lebih menyedihkan lagi apabila insiden terbabit berlaku sehari sebelum majlis perkahwinannya.
Mangsa dikenali sebagai Lin telah pergi ke Klinik Kecantikan dan Estetik Perubatan Fuzhneyan di wilayah Datong, Taipei sehari sebelum hari bahagianya pada 17 Ogos lalu.
Difahamkan, wanita terbabit yang ditemani oleh tunangnya itu dijadualkan menjalani rawatan sedut lemak di bahagian lengan dan perutnya menerusi prosedur selama lima jam, bagaimanapun berdepan dengan komplikasi ketika proses berkenaan dijalankan.
Saya nampak petugas klinik keluar masuk dewan pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum salah seorang daripada mereka memaklumkan tunang saya meninggal dunia.
Mereka cuba beri bantuan pernafasan kecemasan tetapi tidak berjaya.
Dalam pada itu, ahli keluarga Lin dan tunangnya mengugut untuk menyaman klinik terbabit atas dakwaan kecuaian perubatan. Walau bagaimanapun, laporan bedah siasat masih belum disiapkan oleh pihak berkuasa.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Memalukan ! Rakyat sendiri buang sampah, pelancong luar yang kutip
Sengaja cari pasal tunjuk ‘jari tengah’ pada polis, lelaki ini terima padah