Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Selain Amir raja lawak, artis ini juga tak malu berniaga tepi jalan, katanya yang penting Halal

Selain Amir raja lawak, artis ini juga tak malu berniaga tepi jalan, katanya yang penting Halal.
Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan. Baru-baru ini juara program realiti Akademi Fantasi musim keempat, Faizal Ramly memuat naik video di akaun TikTok miliknya sekaligus menjawab persoalan peminat tentang keberadaan dirinya selepas sekian lama menyepikan diri.

Menerusi video tersebut, Faizal berkongsikan berita gembira mengenai penglibatan dirinya dalam bidang baru yang dijadikan kerjaya selain dari bergelar penyanyi.

Difahamkan dia kini telah memulakan kerja sebagai seorang penjual mesin penapis air sebuah syarikat penyedia kelengkapan rumah berjenama terkenal.

Ujarnya lagi, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian walaupun telah berkecimpung dalam kerjaya baru dan tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa antara kedua-dua kerjayanya itu.

Tak semestinya jadi penyanyi tak boleh berniaga. Tak ada masalah selagi dua-dua tu rezeki yang halal. Saya sayang anda semua. Senyum sokmo.

Penyanyi kelahiran Terengganu ini turut meminta jasa baik peminat dan juga orang ramai untuk sentiasa menyokong dirinya agar terus konsisten dalam bidang kerjaya yang dipilih ketika ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Ingat parking abah kau ! Pemandu berjaya halau wanita yang ‘cop’ parking

Alahan kulit, badan kurus dan susah bernafas, ini yang Najib terpaksa hadapi di penjara

Langsuir pun pening tengok kuku akak ni..

Share This Story

Berita Berkaitan