Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Seram ! Ahli arkeologi jumpa satu rangka mayat perempuan yang sangat pelik, ada sesuatu yang melekat dirangka mayat tersebut

Seram ! Ahli arkeologi jumpa satu rangka mayat perempuan yang sangat pelik, ada sesuatu yang melekat dirangka mayat tersebut. Sekumpulan pakar arkeologi di Poland menemui rangka mayat perempuan dalam keadaan menyeramkan yang dipercayai merupakan ‘puntianak’, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Penemuan tersebut dibuat semasa proses penggalian di sebuah tanah perkuburan abad ke-17 di kampung Pien dalam wilayah Mielec.

Rangka tersebut dipercayai adalah puntianak kerana keadaan mayat semasa ditemui mempunyai sebilah sabit yang mengelilingi bahagian kerongkongnya. Ibu jari kaki kiri rangka tersebut turut dikunci, dipercayai menyerupai satu upacara yang kononnya akan menghalang mayat daripada hidup semula.

Ketua pasukan penyelidik tersebut, Profesor Dariusz Polinski dari Universiti Nicholas Copernicus berkata, bentuk pengebumian tersebut adalah luar biasa.

“Cara untuk melindungi diri daripada ‘si mati yang hidup semula’ adalah termasuk memenggal kepala atau memotong kaki, meletakkan si mati ke bawah dengan keadaannya menggigit tanah, membakar dan menghancurkannya dengan batu.

“Sabit itu diletakkan di leher sebagai amaran sekiranya si mati cuba untuk ‘bangun’, kemungkinan besar kepalanya akan dipotong atau cedera,” kata Polinski.

Tambahnya, ibu jari kaki kiri yang dikunci mengukuhkan teori bahawa rangka mayat itu dianggap sebagai puntianak pada masa kematiannya.

Polinski berkata, individu yang didakwa merupakan puntianak sekitar abad ke-17 telah dibunuh secara ganas di seluruh Eropah Timur pada zaman tersebut. – Agensi

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Pulau Diego Garcia menyimpan misteri MH370? Ini fakta aneh mengenai pulau misteri ini

Ibu ini biarkan anak OKUnya tinggal berseorangan di rumah selama dua hari sehinggalah berlakunya insiden ini…

Kecoh pasal wajah mangsa MH370 yang viral, anak mangsa tampil beri penjelasan

Share This Story

Berita Berkaitan