Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Suami kecewa selepas Isteri mengaku pernah dir*g0l datuk sendiri sampai lahirkan anak

Suami kecewa selepas Isteri mengaku pernah dir*g0l datuk sendiri sampai lahirkan anak

Suami kecewa selepas Isteri mengaku pernah dir*g0l datuk sendiri sampai lahirkan anak. Suami mana yang tidak kecewa apabila anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukanlah anaknya. Lebih mengejutkan lagi bayi terbabit merupakan darah daging datuknya sendiri. Kejadian berkenaan berlaku di Berau, Kalimantan Timur.

Datuk rogol bakal isteri

Difahamkan, rahsia itu terbongkar selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan. Si suami yang mahu dikenali sebagai BE mendedahkan yang dia hanya mengetahui perbuatan keji datuknya yang berusia 64 tahun selepas wanita terbabit mengaku selepas beberapa melahirkan anak.

Saya rasa kecewa selepas dapat tahu kes yang menimpa isteri saya. Saya sangka bayi itu adalah anak kami.

Isteri tak berani nak menceritakan hal sebenar ketika dia mengandung sebab risau perkara lebih buruk boleh berlaku.

Pada awalnya, dia tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh wanita itu berusia 16 tahun itu sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor yang merawat untuk mengetahui bilakah isterinya mula mengandung.

Alangkah terkejutnya apabila doktor memaklumkan bahawa isterinya melahirkan anak cukup bulan dan sudah mengandung dua bulan sebelum mereka dinikahkan kerana usia perkahwinan mereka baru memasuki tujuh bulan.

Suami buat laporan polis

Susulan daripada itu, si suami membuat laporan polis dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Polis Berau, AKBP Shindu Brahmarya, suspek juga pernah merogol sepupu mangsa yang berusia 14 tahun.

Hasil siasatan polis, suspek pernah merogol sepupu mangsa dan perbuatannya itu dilakukan lebih daripada satu kali.- Kompas

Baca: Warga emas raba bahagian sulit remaja kena penjara 10 tahun, sebelum ini dia juga pernah rogol remaja yang sama

Gila ! Pengetua sekolah agama rogol 13 pelajar sampai hamil

Rogol nenek umur 100 tahun, lelaki ini mati diserang penduduk kampung

Share This Story

Berita Berkaitan