Tak mahu dilayan sebagai lelaki, banduan transgender ini sanggup potong testis sendiri dengan pisau cukur. anduan transgender yang menghamilkan dua tahanan di penjara wanita New Jersey sebelum ini mendedahkan dia cuba membuang salah satu testisnya menggunakan pisau cukur selepas disalah anggap jantina dan ditempatkan di penjara lelaki.
Demi Minor, 27, dipindahkan dari Pusat Pemulihan Wanita Edna Mahan di Perbandaran Union ke Pusat Pemulihan Belia ‘Garden State’ (GSYCF) pada Jun lalu selepas insiden dia menghamilkan dua wanita di penjara lamanya.
Demi mendakwa dia diberitahu pengerusi jawatankuasa pusat pemulihan itu bahawa ada perkara yang kita ‘tidak boleh diubah secara biologi’ yang secara langsung menyatakan bahawa tidak kira apa jua perubahan dilakukan, tanpa pembedahan, dia akan selamanya seorang lelaki.
Dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Demetrius Minor, banduan transgender itu kali pertama dipenjarakan pada usia 16 tahun, sebelum memulakan transisinya menjadi wanita pada 2020, sebelum dipenjarakan di Pusat Pemulihan Wanita Edna Mahan di mana dia menghamilkan dua tahanan wanita.
Demi, yang kini menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan membunuh bekas bapa angkatnya, sering mengadu dirinya dianiaya dan didera di tempat baharunya serta tidak dianggap sebagai wanita oleh kakitangan penjara.
Banduan transgender itu dalam posting 18 Ogos lalu di blognya ‘Justice 4 Demi’ mendedahkan pernah menggunakan pisau cukur untuk membuang salah satu testisnya dalam cubaan membunuh diri sehingga dikejarkan ke bilik kecemasan.
[email protected]
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Kekayaan Queen Elizabeth 2 ini buat anda melopong..
Alahan kulit, badan kurus dan susah bernafas, ini yang Najib terpaksa hadapi di penjara