Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tak tercapai dek akal ! Pesara kena scam dua kali dari dua orang berbeza, RM200k lesap macam tu sahaja

Tak tercapai dek akal ! Pesara kena scam dua kali dari dua orang berbeza, RM200k lesap macam tu sahaja. Pesara kerugian RM199,550 selepas diperdaya sindiket Love Scam melalui perkenalan dengan dua lelaki menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian bermula apabila wanita lingkungan 50-an berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook pada awal Julai lalu.

Katanya, mangsa kemudian berurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum ditawarkan hadiah sekeping cek bernilai 145,000 USD (RM650,000).

“Mangsa seterusnya diarahkan membuat pembayaran bagi melepaskan cek yang dijanjikan dan mangsa membuat 13 transaksi ke dalam satu akaun bermula 10 hingga 17 Ogos lalu membabitkan pembayaran sebanyak RM124,000.

“Tidak lama kemudian, mangsa berkenalan dengan seorang lagi lelaki menerusi Facebook sebelum berurusan melalui WhatsApp dan ditawarkan hadiah barangan kiriman berupa wang tunai dan barangan perhiasan.

“Mangsa sekali lagi diminta membuat pelbagai bayaran untuk melepaskan barang kiriman dengan pihak Kastam membabitkan 13 kali transaksi ke dua akaun berbeza dalam tempoh enam hari bermula 23 Ogos lalu dengan nilai pembayaran sebanyak RM75,550,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa bagaimanapun tidak menerima hadiah yang dijanjikan dan kerugian RM199,550.

Katanya, mangsa yang percaya dirinya menjadi mangsa penipuan membuat laporan polis pada Khamis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dikenali menerusi laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seperti Love Scam dan sebagainya,” katanya.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Gerakan Tanahair (GTA) sudah selangkah untuk bertanding di PRU15

Hujan lebat dan ribut petir seluruh negara dijangka berlaku sampai tahun depan

Patutlah baru 2 minggu kena penjara, Najib dah masuk hospital, rupanya…

Share This Story

Berita Berkaitan