Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tertelan lalat ketika live di televisyen, pembaca berita terima pujian netizen sebab tak melatah

Tertelan lalat ketika live di televisyen, pembaca berita terima pujian netizen sebab tak melatah. Seorang pembaca berita bagi saluran televisyen Global News Canada, Farah Nasser secara tidak sengaja tertelan lalat ketika berisaran langsung.

Namun, pembaca berita wanita itu tidak berasa jijik dengan insiden itu, malah turut bekongsi rakaman bagaimana dia boleh tertelan serangga perosak tersebut.

“Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam Twitter.

Ketika kejadian, Farah sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan.

Sedang asyik menyampaikan berita, Farah tiba-tiba terlihat seperti tercekik dengan dia terdiam seketika.

Kemudian, wanita itu menyambun kembali membaca berita seperti tiada apa yang berlaku.

Tidak lama kemudian, Fara berkongsi video dia tertelan lalat dalam media sosial dan tindakannya yang tidak melatah mendapat pujian orang ramai.

Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan Farah seorang yang profesional kerana masih mampu meneruskan membaca berita.

“Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh.

Farah juga memaklumkan, sesiapa sahaja akan bertindak sepertinya, iaitu meneruskan bacaan berita kerana adalah lebih memalukan jika melatah di depan kamera.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Ibu ini biarkan anak OKUnya tinggal berseorangan di rumah selama dua hari sehinggalah berlakunya insiden ini…

Kecoh pasal wajah mangsa MH370 yang viral, anak mangsa tampil beri penjelasan

Lalu di Jalan raya ‘tak siap’, penunggang basikal ini ditimpa malang

Share This Story

Berita Berkaitan